Friday, May 16, 2008

Minit mesyuarat Unit LDP SKLUNDANG

Tarikh : 8 Mei 2008, Hari : Khamis
Masa :12.45tengahari
Tempat :Bilik Gerakan.

01.Ucapan Pengerusi

Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Guru Besar . Pn Hjh Noriah mengucapkan terimakasih kepada ahli yang hadir.

02. Pelantikan rasmi AJK LDP


Pn Hjh Noriah mengucapkan tahniah kepada AJk LDP yang dilantik yang terdiri daripada ketua-ketua panitia. Puan Hjh Noriah menjelaskan Unit Ldp kepada ahli jawatankuasa. Kursus Ldp ini dihadiri oleh ketua panitia BM Pn.Hjh W.Aefeefah sekali gus dilantik sebagai Penyelaras LDP. GB meminta Pn. Aefeefah memberi taklimat ringkas kepada guru-guru.

03.Taklimat LDP

Pn. Aefeefah menyatakan bahawa pelantikan AJK LDP adalah garis panduan yang diberikan oleh JPN. Kursus LDP wajib bagi semua guru sekurang-kurangnya 7 hari setahun. Peruntukan LDP hanya 5 hari sahaja dan 2 hari lagi adalah dari IPG. Peruntukan adalah RM12 seorang bagi makan/minum.

Setiap kursus yaang dihadiri hendaklah di catat dalam kad pelaporan dan tandatangan Penyelia Kursus. Objektif adalah mengenalpasti keperluan guru mengikut keutamaan.

Puan Aefeefah menyatakan bahawa pelaksanaan kursus secara in-house dalam hujung minggu atau cuti persekolah.

04.Perbincangan Perancangan Program LDP 2008

Puan Aefeefah meminta guru-guru mengemukan idea perancangan bagi 5 X kursus. Majlis bersetuju sebulat suara kursus seperti berikut.

1.Pengurusan Panitia 17Mei 2008
2.Teknik Pemeriksaan Kertas bulan Jun
3.Pembangunan Staff bulan Julai
4.Pengurusan Strategik bulan Ogos
5.Penggunaan ICT bulan Oktober.

05.Hal-hal lain.

Guru Besar berharap semua AJK menjalankan tugas dengan baik sebagaimana yang diputuskan dalam mesyuarat.Dengan itu mesyuarat ditangguhkan jam 2.00 petang dengan membaca surah Al-Asr.

No comments: